Labah-Labah Beracun Cetus Kerisauan Di Britain
Seorang lelaki berkongsi cerita bagaimana dia berdepan kemungkinan hilang nyawa dan kaki gara-gara disengat labah-labah berbisa False, yang kini dilaporkan semakin banyak berkeliaran di Britain.
Sumber
John Catlin, 66, disengat labah-labah berkenaan di kaki ketika sedang menyalakan unggun api di rumahnya di Bromley, Kent tahun lalu.
Selepas disengat, kaki Catlin mula membengkak disusuli rasa sakit yang aneh dan menggigil hingga memaksanya memandu ke hospital. Saat bertemu doktor, tubuhnya sudah terlalu lemah dengan suhu badan mencecah 104 darjah.
Doktor pada mulanya menyangka bapa kepada dua anak itu mengalami keracunan makanan namun apabila rawatan diberikan tidak menampakkan hasil, pemeriksaan lanjut menemukan jangkitan kulit yang teruk dikenali sebagai cellulitis.
Kemudian dalam masa dua minggu, badan Catlin mula membengkak dengan bahagian kaki menjadi merah gelap dan timbul lepuh besar yang bernanah.
Keadaan tambah kritikal apabila organ dalamannya mula mendapat jangkitan terutama bahagian buah pinggang, manakala kaki Catlin nyaris dipotong untuk mengelak jangkitan.
Dia hanya beransur pulih selepas menjalani rawatan selama setahun, itu pun masih mengalami kepayahan untuk berjalan.
Selain Catlin, banyak lagi kes kecederaan disebabkan jangkitan labah-labah False yang mencetuskan kerisauan di Britain telah dilaporkan, sejak akhir-akhir ini.
Seorang mangsa lain, Ricki Whitmore, 39, juga nyaris kehilangan kaki gara-gara disengat labah-labah sama.
Menurut Whitmore, kakinya membengkak dua kali ganda dan doktor terpaksa membelah kakinya itu untuk mengeluarkan bisa. Dia disengat selepas mengganggu sarang labah-labah False ketika bekerja di sebuah sekolah.
Gara-gara False, sebuah sekolah menengah di Lydney, Gloucestershire turut ditutup selama sehari pada hari ini (23 Oktober) untuk kerja-kerja kawalan serangga setelah labah-labah beracun tersebut ditemui di beberapa bangunan sekolah termasuk makmal ICT, kelmarin
0 comments:
Post a Comment