Uqasha Senrose Dakwa Putus Tunang Kerana Sikap Baran Pekin Ibrahim

Uqasha Senrose hari ini tampil nafikan semua dakwaan yang dirinya mempunyai hubungan sulit dengan Sharnaaz Ahmad sehingga menyebabkan cinta dengan Pekin Ibrahim kini putus.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Uqasha Senrose dalam nada sedih & kecewa menafikan yang dirinya menjalinkan hubungan cinta dengan Sharnaaz Ahmad dan tidak menyangka Pekin Ibrahim sanggup memburukkan dirinya sedemikian rupa.

BACA: 
Putus Tunang Sebab Uqasha ‘Kantoi’ Curang?

“Saya tidak sangka seorang pelakon yang sudah 16 tahun dalam industri tergamak memberikan kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dahulu dengan saya. Saya tiada hubungan langsung dengan Sharnaaz,” ujar Uqasha Senrose.


Uqasha Senrose dalam kenyataan sama seakan tidak menafikan yang hubungan mereka berdua sudah putus tetapi ianya bukan kerana orang ketiga, lebih kepada sikap panas baran & kasar Pekin Ibrahim yang tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan.

“Kami bergaduh dan kemudiannya putus bukan disebabkan orang ketiga. Ia berpunca dari sikap kasar dan panas barannya. Walaupun dia tidak pernah memukul saya tetapi dia sering memarahi dan memutus hubungan kami. Selang lima minit kemudian dia akan memujuk saya semula”

Uqasha Senrose yang mengakui masih sayang dan cinta kepada Pekin Ibrahim meminta pelakon itu kemukakan bukti jika benar seperti didakwa dalam kenyataan sebelum ini.



Sumber

0 comments:

Post a Comment