Pengacara WHI failkan tuntutan cerai !

Pengacara rancangan Wanita Hari Ini di TV3 memfailkan fasakh terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas mendakwa tidak diberi nafkah sejak berkahwin tiga tahun lalu.


Terdahulu Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, 31, memfailkan tuntutan cerai secara baik terhadap Afief Farhan Fauzi, 32, pada 1 Ogos 2013 namun dipinda kepada fasakh selepas dibantah ahli perniagaan itu.


Kes itu bagaimanapun mula dibicarakan di mahkamah pada hari ini di hadapan Hakim Syarie Zainal Abidin Kusmin. 

0 comments:

Post a Comment