Kereta Batman RM4.6 Juta Untuk Dijual (VIDEO)
Jika anda peminat komik yang sukakan perhatian dan banyak duit, inilah kereta paling sesuai untuk dimiliki.
Kereta Batman atau lebih dikenali sebagai Batmobile akan dibuka untuk jualan 30 November ini, di Mercedes-Benz World, Brooklands, Surrey, England.
Meskipun replika, Batmobile ini berfungsi dengan baik dan selesa di jalanan menggunakan penyembur api dan suspensi hidraulik.
Diinspirasikan daripada filem Batman arahan Tim Burton pada 1989, kenderaan ini boleh mencecah kelajuan 60mph dalam masa kurang lima saat.
Kereta ini boleh diibaratkan impian setiap peminat Batman. Satu yang pasti, pemiliknya pasti popular kerana ramai yang akan menyapa untuk bergambar dengan kereta tersebut.
Selain reka bentuk hebat, saksikan juga video di bawah untuk mendengar dan menyaksikan kehebatan enjin serta suspensinya.
Berminat? Jangan lupa datang datang 30 November depan ke Surrey bersama wang £90,000 (RM4.6 juta).
Saksikan VIDEO di bawah ini
Sumber

0 comments:
Post a Comment