Budak Hilang Jari, Diserang Pirana


Barcelona – Umpama cerita dalam filem, namun kejadian ini benar-benar berlaku. Kira-kira 60 orang termasuk seorang budak perempuan kehilangan jari selepas mereka diserang ikan pirana ketika mandi Pantai Parana, berhampiran Rosario, iaitu bandar kelahiran bintang bola sepak Lionel Messi.
Antara yang cedera termasuk juga 20 kanak-kanak, akibat digigit oleh ikan tersebut.
Kebanyakan mangsa mengalami luka yang dalam di bahagian tangan, pergelangan buku lali dan jari.
Ketika kejadian, mereka yang berada di pantai tersebut telah dikejutkan dengan jeritan meminta tolong menyebabkan ibu bapa yang berada di tepi pantai panik dan terus menarik anak-anak ke tempat selamat.
Dalam masa sama, pengawal pantai telah memanggil pasukan paramedik bagi merawat mangsa yang cedera parah sebelum pantai itu ditutup oleh polis.
Serangan itu dilakukan ikan pirana jenis palometas dan merupakan yang terburuk sejak 2008 apabila 40 perenang cedera ketika itu.
Pada 2011, seorang remaja yang mabuk, meninggal dunia selepas dia terjatuh ke dalam sungai di Bolivia yang dipenuhi oleh ikan pirana.

Sumber

0 comments:

Post a Comment