Lagu ‘Chocolate Cake’ Dikritik, Fazley Tetap Positif (VIDEO)


BIARPUN lagu ‘Chocolate Cake’ mendapat kritikan negatif daripada segelintir pihak, penyanyi dan pakar motivasi Datuk Fazley Yaakob, 34, tetap positif dengan perkara itu.
Yakin bahawa lagu itu unik, dia menganggap ulasan negatif akan memberikan publisti kepada lagu itu, memetik laporan mStar Online.
Apa tidaknya, kalau sana-sini orang sudah bercakap mengenai lagu itu, pasti akan tergerak hati untuk mencari dan mendengarnya di corong radio atau laman maya, betul tak?
Pendek kata, umpama lagu Friday nyanyian Rabecca Black yang dikritik hebat, namun mampu mencapai lebih 63 juta kali tontonan di laman YouTube.
Menurut Fazley, idea untuk mencipta lagu tersebut datangnya daripada seorang chef di sebuah sekolah masakan di Paris yang memintanya menulis lagu tentang kek coklat.
Penyanyi itu berkata, pihaknya kini merancang untuk mengalih bahasa lagu tersebut kepada bahasa Perancis untuk pasaran negara itu.
Saksikan VIDEO klip di bawah ini



Sumber

0 comments:

Post a Comment