Gambar Kucing Dalam Bekas Undang Padah

TINDAKAN seorang pelajar kolej di Taiwan memuatnaik gambar kucingnya yang dimasukkan ke dalam sebuah bekas makanan ternyata mengundang padah apabila bakal berhadapan dengan dakwaan mendera di bawah Undang-undang Pelindungan Haiwan di negara itu.
Kiki Lin melalui laman sosialnya berkata, ia merupakan ‘hukuman’ kepada kucing itu kerana kenakalannya selain memudahkan dia membawa haiwan itu keluar berjalan-jalan dengan lebih selesa, memetik laporan Stomp Straits Times.

Sebelum itu, gadis ini mendapat kecaman hebat daripada pelayar internet yang lain yang menggelarnya sebagai pendera haiwan selepas melihat gambar tersebut.
Bagaimanapun, Kiki menafikannya dan menyatakan bahawa dia menyayangi kucing itu lebih daripada nyawanya sendiri.
Gadis ini bakal berdepan dengan hukuman maksimum penjara satu tahun sekiranya didapati bersalah.
Kejadian ini hampir menyerupai perbuatan dua lelaki di Johor Bahru yang memasukkan kucing ke dalam bekas sekitar September lalu sebelum memuatnaik gambar di laman sosial.

Namun, mereka kemudiannya memohon maaf selepas mendapat kritikan daripada orang ramai.
Diharapkan selepas ini tiada siapa yang cuba melakukan perkara yang sama kepada haiwan-haiwan comel ini. Ramai mata yang memerhati perbuatan anda. Silap-silap, tidur lokap jawabnya!

Sumber

0 comments:

Post a Comment