Shila Amzah tegur Beautiful Nara jangan kerap sebar fitnah


SEMENTELAH cerita percintaan pasangan kekasih Johan Asari dan Lana Nordin yang diumumkan putus ditengah jalan, nama Shila Amzah masih juga dikaitkan dengan pelakon lelaki itu.

Bagaimanapun, Shila yang juga pelantun lagu Masih Aku Cinta itu telah memberi amaran kepada sebuah portal berita hiburan yang mengaitkan namanya dengan pasangan kontoversi tersebut.

Menerusi akaun twitternya, Shila berkata :

"Assalamualaikum, Sha minta portal untuk berhenti tulis apa-apa artikel yang ada kaitan atau mengaitkan Sha dengan sesiapa," tulisnya.

Dalam pada itu, Shila juga berkata artikel daripada portal tersebut juga tidak membantu untuk memperbaiki kerjaya seseorang artis.

"...sebab Sha rasa satu pun artikelnya tak membantu untuk memperbaiki kerjaya seorang artis.

"Jadi, saya harap, penulis blog itu faham dan berhenti menulis apa pun sama ada peribadi mahupun kerjaya...jadi saya tak fikir ada apa-apa artikel mengenai kerjaya saya selama ini, jadi tolong faham," tegasnya.





Admin ada something utk disampaikan drp Shila.






Assalamualaikum,sha mintak beautifulnara utk stop tulis any artikel yg ada kaitan atau mengaitkan sha dgn sapa2..





Sbb sha rasa 1 pun artikelnya x mbantu utk mperbaiki kerjaya seorg artis..






so i hope,abg nara faham dan berhenti tulis apa pun sama ada peribadi mahupun kerjaya..well i dont think (cont) http://tl.gd/n_1rv1cb9 





Terbaru, mengikut laporan portal hiburan dalam artikel berjudul Johan Asari dan Lana Nordin putus cinta, penulis telah menyatakan :

"Adakah selepas ini Lana Nordin akan buat klip video menyanyi ombak rindu akibat perpisahan ini?.

"Adakah Johan akan mendamba cinta Shila Amzah kembali? Adakah Shila sedang berbunga hatinya membaca perkhabaran ini?," tulisnya.

Sebelum ini, mengikut laporan media, selepas cinta Shila berakhir dengan pelakon Sharnaz Ahmad, Shila telah memuat naik video yang menunjukkan beliau menyanyi lagu Ombak Rindu.

Dalam perkembangan sama, penulis blog hiburan berkenaan telah menyatakan perkara itu bukan fitnah.



Sumber

0 comments:

Post a Comment