6 Gambar Kebakaran Besar Di Pasar Besar Rantau Panjang Kelantan
6 Gambar Kebakaran Besar Di Pasar Besar Rantau Panjang Kelantan | Jika anda pernah berkunjung ke Kelantan,tidak sah rasanya jika tidak singgah ke pasar besar Rantau Panjang di Kelantan yang sudah menjadi satu simbolik kepada semua pengunjung,dengan harga yang lebih murah dan pelbagai pilihan produk yang pastinya akan merambangkan mata anda untuk memilih.Begitupun,admin bukan nak ceritakan tentang produk yang dijual tetapi menurut sumber,malam tadi ada berlaku satu kemalangan kebakaran besar.
Lebih kurang jam 1 pagi 7 Januari 2014, pasar besar rantau panjang yang menjadi tumpuan wajib bagi pelancong ke Kelantan telah terbakar. Ketika ini, api sedang marak. Dianggarkan lebih 150 buah kedai telah terbakar hangus tanpa dapat diselamatkan. Kalau tengokkan gambar kebakaran pasar besar Rantau Panjang Kelantan yang sedang marak ni, agak susah untuk pasukan bomba nak padamkan kebakaran.
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Semoga peniaga-peniaga yang terlibat dapat menerima ujian ini dengan tabah. Insha Allah, ada hikmahnya semua kejadian ini. Mana tahu, selepas ini satu pasar baru yang lebih teratur dan cantik pula akan dibina. Semua gambar kebakaran di Pasar Besar Rantau Panjang diambil dari FB Negeri Cik Siti Wan Kembang.
Menurut catatan sesetengah pihak, bukan pasar besar rantau panjang yang terbakar, tetapi gudang simpanan barangan yang berada di belakang pasar besar rantau panjang itu yang terbakar. Punca kebakaran juga masih belum dapat dipastikan. Nampak gayanya kena tengok berita di akhbar esok untuk mendapat maklumat yang lebih tepat tentang kebakaran besar di Rantau Panjang ni. Itupun kalau ada. Maklumlah, negeri paling miskin, ada ke orang yang minat nak tahu kecuali anak-anak kelantan yang berada di perantauan macam aku ni.
Sementara itu, di Sepang, Seramai 24 penumpang cedera selepas bas yang dinaiki terbabas dan terbalik di Kilometer 27.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, petang semalam. Kejadian berlaku jam 7.02 petang itu dipercayai bas hilang kawalan akibat tayar pecah. Bas itu dalam perjalanan dari Klang menghala ke Johor Bahru.
Bas itu terbabas dan menyebabkannya terbalik di tepi jalan. Enam penumpang serta seorang penumpang warga emas yang turut tercedera dan mengalami sakit dada telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan. Seramai 17 lagi penumpang yang cedera ringan hanya rawatan di tempat kejadian.
Sumber
Lebih kurang jam 1 pagi 7 Januari 2014, pasar besar rantau panjang yang menjadi tumpuan wajib bagi pelancong ke Kelantan telah terbakar. Ketika ini, api sedang marak. Dianggarkan lebih 150 buah kedai telah terbakar hangus tanpa dapat diselamatkan. Kalau tengokkan gambar kebakaran pasar besar Rantau Panjang Kelantan yang sedang marak ni, agak susah untuk pasukan bomba nak padamkan kebakaran.
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Semoga peniaga-peniaga yang terlibat dapat menerima ujian ini dengan tabah. Insha Allah, ada hikmahnya semua kejadian ini. Mana tahu, selepas ini satu pasar baru yang lebih teratur dan cantik pula akan dibina. Semua gambar kebakaran di Pasar Besar Rantau Panjang diambil dari FB Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Menurut catatan sesetengah pihak, bukan pasar besar rantau panjang yang terbakar, tetapi gudang simpanan barangan yang berada di belakang pasar besar rantau panjang itu yang terbakar. Punca kebakaran juga masih belum dapat dipastikan. Nampak gayanya kena tengok berita di akhbar esok untuk mendapat maklumat yang lebih tepat tentang kebakaran besar di Rantau Panjang ni. Itupun kalau ada. Maklumlah, negeri paling miskin, ada ke orang yang minat nak tahu kecuali anak-anak kelantan yang berada di perantauan macam aku ni.

Bas itu terbabas dan menyebabkannya terbalik di tepi jalan. Enam penumpang serta seorang penumpang warga emas yang turut tercedera dan mengalami sakit dada telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan. Seramai 17 lagi penumpang yang cedera ringan hanya rawatan di tempat kejadian.

0 comments:
Post a Comment