Jep Sepah Sudah Besar Diri?


Menerusi akhbar Utusan Malaysia hari ini diruangan hiburan, dilaporkan pelawak Jep Sepah kini dah mula "terlebih melawak" dan selalu terover bila sedang melakukan show.


Semuanya berpunca bila Jep mulai membangga diri kerana menganggap disebabkan dialah kumpulan Sepah berjaya digerakkan. Menurut petikan berita tersebut,

"Yang tak berapa nak sedap bila ada peserta lain komplen pada Syed tentang mulut Jep yang over bila mereka sama-sama terlibat dalam rancangan tersebut.

Kata salah seorang peserta, Jep memang kawan yang baik tetapi ada kalanya membangga diri sebab dia yang menggerakkan Sepahtu.

Bila dia cakap macam itu sudah tentu orang lain pandang sinis pada dua lagi rakan Sepahtu, Shuib dan Rahim. Apa mereka yang lain tak menyumbang apa-apa ke untuk Sepahtu dalam MLM2013?

Mungkin Jep tak sedar tentang perkara berkenaan tetapi bagi orang yang selalu sangat mendengar cerita yang sama mula rasa lain macam dan pelik dengan perangai Jep."



Sumber

0 comments:

Post a Comment