Benarkah Hujan salji turun di Gunung Kinabalu ?
Katanya, dia melihat ada tanda-tanda hujan salji turun di puncak Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,101 meter dari aras laut. Bagaimanapun, laporan yang diserahkan tidak dapat disertakan dengan gambar kerana keadaan ketika itu gelap.
Susulan maklumat awal yang diterima, pihak pengurusan Taman-Taman Sabah kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesahkan laporan yang dibuat.
Pengerusi Taman-Taman Sabah, Tengku Zainal Adlin, yang mendakwa bahawa pernah mendaki setiap permukaan Gunung Kinabalu sejak lima dekad lalu berkata, beliau tidak terkejut dengan laporan gunung itu dilanda salji. Katanya, ais di gunung itu merupakan perkara biasa, terutama pada awal pagi.
Bagi Paul Basintal, Pengarah Taman-Taman Sabah pula, beliau sedang mengumpulkan maklumat dan bukti meskipun sangsi dengan keadaan salji itu.
Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan adanya salji turun di Gunung Kinabalu kerana ia berada begitu hampir dengan Khatulistiwa.
"Berlakunya ais, ya, tetapi salji? Tidak mustahil."
Beliau berkata, Sabah mengalami suhu sejuk ekoran angin Siberia yang berlaku dengan jumlah hujan yang tinggi kerana musim monsun timur laut dan tekanan atmosfera rendah di Sabah
0 comments:
Post a Comment