Fauzi Nawawi sindir Sharnaaz mengenai kegagalan percintaan dalam hidupnya

Fauzi Nawawi sindir Sharnaaz mengenai kegagalan percintaan dalam hidupnya | "Rasanya, lebih baik Sharnaaz pergi menjalani rawatan doktor kerana watak Jebat yang bersikap garang dan kasar mungkin sudah meresap ke dalam dirinya, memandangkan sudah empat bulan tanpa henti dia terlibat dengan penggambaran drama itu."

Itulah jawapan sinis yang dilontarkan Fauzi Nawawi mengenai dakwaan sikap kasar Sharnaaz Ahmad terhadap isterinya, Lisdawati ketika dihubungi mStar Online, disini.

Malah, tidak cukup dengan itu, Fauzi Nawawi turut menyindir Sharnaaz mengenai kegagalan percintaan dalam hidupnya berlaku ekoran daripada sikap yang didakwa tidak menghormati wanita.

"Baru saya faham kenapa tidak ramai wanita yang 'melekat' dengan dia dalam sesebuah perhubungan cinta memandangkan dia tidak pernah menghormati wanita. Sedangkan wanita bersifat lembut yang ingin dikasihi dan dibelai,"

Sebelum ini, Sharnaaz telah mengeluarkan kenyataan media dan menunjukkan bukti salinan SMS antara beliau dan Fauzi Nawawi. Sharnaaz juga mahukan pasangan tersebut meminta maaf secara terbuka sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan undang-undag.

Walaubagaimanpun, dengan kenyataan panas yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak kepada media, nampaknya isu ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan berakhir dalam masa terdekat.

Sumber Tengok TV Online

0 comments:

Post a Comment