Status facebook petanda ajal gadis maut dirempuh kereta dipandu anggota polis


Status facebook petanda ajal gadis maut dirempuh kereta dipandu anggota polis | Tiada sesiapa yang dapat menjangka tarikh dan waktu kematian sendiri. Tetapi tanda-tanda itu sentiasa ada.

Siapa sangka status di facebook seorang remaja rupa-rupanya petanda dia akan pergi buat selama-lamanya. Baca status arwah di bawah:

"Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah."

"Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.”

Demikianlah status Norfaezah Budiman, 21, yang dikemaskini pada 10 Februari lalu.

artikel sebelum ni: 
Remaja Sudah Duga Ajal Menerusi Status Facebook

Norfaezah meninggal dunia awal pagi semalam akibat kemalangan melibatkan motorsikal yang diboncengnya bersama dengan Azwan Shah Ishak, 25, dirempuh sebuah kenderaan lain di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Menurut ibunya, Sarina Abu Othman, 49, Flat Paya Nahu, anak gadisnya itu memeluknya dan belai serta sandar di badannya. Ibunya cuba menolak tetapi Norfaezah berkata dia mahu bermanja-manja dengan ibu dan meminta ibunya jangan ke mana-mana serta menemaninya.

Norfaezah juga ada menghulurkan wang sebanyak RM5 untuk kegunaan ibu ke tempat kerja sebelum dia pulang ke rumah sewa. Namun, dia tidak sangka lambaian terakhir anaknya yang kelihatan sayu itu rupa-rupanya petanda ajal dia pergi buat selama-lamanya.

Dalam kemalangan itu, Norfaezah dikatakan melambung sejauh 20 meter manakala Azwan Shah pula terjatuh ke dalam longkang sedalam dua meter.

Norfaezah mati serta merta di tempat kejadian, manakala Azwan Shah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Abdul Halim pada jam 10:30 pagi setelah bertarung nyawa lebih tujuh jam.

Difahamkan kereta Proton Wira yang melanggar kedua-dua mangsa itu dipandu oleh seorang anggota polis. Kereta yang dipandu itu terbabas lalu melanggar tembok kiri dan penghadang tengah jalan serta berpusing sebelum merempuh mangsa.

Anggota polis berkenaan telah membuat laporan polis selepas kejadian dan pihak polis sedang menyiasat kes di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 Memandu Secara Merbahaya Dan Cuai


Sumber mymedialab

0 comments:

Post a Comment