Transkrip Penuh Ucapan Najib Razak MH370 Tamat di Selatan Lautan India Dalam Bahasa Melayu


Transkrip Penuh Ucapan Najib Razak MH370 Tamat di Selatan Lautan India Dalam Bahasa Melayu Pada petang tadi, saya diterangkan oleh wakil-wakil Cawangan Siasatan Kemalangan Udara British (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang membekalkan data satelit untuk koridor-koridor utara dan selatan, sedang meneruskan lagi perkiraan tentang data tersebut. Menggunakan sejenis analisis yang tidak pernah lagi digunakan dalam penyiasatan sebegini, mereka mampu memberikan kita sedikit penerangan tentang laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis terbaru ini, Inmarsat dan AAIB telah merumuskan bahawa MH370 telah berterbang melalui koridor selatan, dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan India, barat kepada Perth.

Kawasan ini merupakan terpencil, jauh dari mana-mana landasan pendaratan. Ia adalah dengan penuh kesedihan, saya mengumumkan bahawa, menurut data terbaru ini, penerbangan MH370 tamat di selatan Lautan India.

Kami akan mengadakan persidangan media esok dengan penerangan secara terperinci. Pada masa ini, kami mahu memberitahu anda perkembangan terbaru ini dengan segera. Kami kongsikan maklumat ini atas komitmen kepada keterbukaan dan kerjasama daripada keluarga, dua prinsip-prinsip yang telah membantu siasatan ini.

Syarikat Penerbangan Malaysia telah mengumumkan kepada keluarga-keluarga penumpang dan kru untuk memberitahu mereka tentang perkembangan ini. Bagi mereka, semestinya beberapa minggu ini sangatlah menyayat hati; saya tahu berita ini akan tambah lebih kesedihan lagi. Saya memohon pihak media untuk menghormati privasi mereka dan berikan mereka masa untuk melalui dugaan ini.


::: TEKAN LIKE DAN SHARE untuk sebarkan transkrip ini :::

0 comments:

Post a Comment