VIDEO:‘Kegarangan’ Lautan Hindi Cabaran Operasi Mencari dan Menyelamat

VIDEO:‘Kegarangan’ Lautan Hindi Cabaran Operasi dan menyelamat | Bila mendengar berita ini, kita pun mengeluh kecewa. Sesetengahnya malah terdetik di hati, “Apa yang susah sangat nak cari kalau dah ada petunjuk?”

Begitu juga bila dimaklumkan ada serpihan atau objek tertentu dilihat terapung namun tidak sempat diambil anggota SAR, mungkin ada yang pertikaikan ‘kenapa cuai sangat?’

Namun jika melihat pada gelora Lautan Hindi seperti video di bawah, mungkin kita dapat membayangkan betapa sukarnya operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang dijalankan di sana.

Itu belum dikira kalau cuaca buruk.

Tidak hairanlah bila ada yang menggambarkan mencari objek sebesar pesawat di Lautan Hindi umpama mencari sebilah jarum di padang bola meskipun ia mungkin kedengaran keterlaluan!

Justeru jika kita hanya berada di sini dan bukannya bersama anggota SAR yang terpaksa mengerah keringat dan menyabung nyawa melawan ombak dan badai yang menggila di Lautan Hindi, apa perlu dilakukan adalah berdoa agar segala usaha mereka dipermudahkan – bukannya hanya mengkritik.

Pada masa sama, kita harus bersyukur dan berterima kasih di atas setiap bantuan yang diterima bagi merungkai misteri kehilangan MH370 kerana nyata, ia bukan satu usaha senang terutama bila membabitkan Lautan Hindi.  Sumber 


Video

0 comments:

Post a Comment